Wednesday, June 5, 2013

MEDIAPRIMA ANGLERS

 SAUDARA DAMIAN

 SAUDARA ANUAR

 SAUDARA PAK NGAH

 SAUDARA REE

SAUDARA KAMARUDIN

((( XXX )))

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, diberikan butiran trip dalam bulan Mei 2013 seperti berikut: 
Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 19 Meil 2013 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 7.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 8 orang  
                       (ZAHID, DAMIAN, ANUAR, PAK NGAH, REE, 
                        KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi               : Waypoint Sejali dan Pulau Mengalun
Jenis Ikan         : Kerisi Bali, Ruby Snapper, Kerapu Bara/Suno,
                             Pisang Laut Dalam, Merah, Putih, Tambak/landuk
                             Pisang Pisang,  Kerapu Minyak, Titir DLL  
Teknik               : 5 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
                                              
Terawal sekali disebabkan teknikal yang tidak dapat dielakkan, penulis memohon maaf atas kelewatan publis penulisan dan gambar gambar dalam trip ini. Kumpulan pemancing yang menyertai penulis dalam trip ini adalah dari KUMPULAN MEDIAPRIMA ANGLERS yang terdiri oleh Saudara ZAHID, DAMIAN, ANUAR, PAK NGAH dan REE daripada Kuala Lumpur. Pada kebiasaanya ahli kumpulan pemancing ini sering menganjurkan pertandingan memancing diperingkat kebangsaan Grand Prix memancing. Walau bagaimanapun pada kali ini mereka mencuba pengalaman sebagai pemancing pula dan menerokai laut dalam di sekitar Pantai Barat Sabah. Dalaman kebetulan mereka ada tugas rasmi yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, mereka ingin juga mehilangkan dari kepenatan dan tensi kerja. Mereka adalah buat kali pertama menyertai Bot KINGFISH

Kini aktiviti memancing sangat mengujakan seluruh rakyat Malaysia. Daripada promosi yang giat dilaksanakan oleh semua pihak termasuklah Agensi Kerajaan, Swasta, Media, Jaringan Maya, Majalah JORAN, PANCING, SIRIP, Individu dan sebagainya telah mengubah lanskap memancing negara ini. Menggalakan aktiviti dan hobi memancing sebenarnya adalah wadah rakyat yang sihat disamping menjana pertumbuhan ekonomi negara Malaysia pada keseluruhannya. 

Sekali sekala apabila kita menjadi pemancing, kita dapat mengenal masalah sebenar kehidupan seorang nelayan tulin di negara ini. Merasai sendiri sebagai pemancing juga pastinya kita akan berhadapan dengan pelbagai cubaan dan rintangan seperti stres, kelaparan, kepenatan, keletihan, mabuk, hanyut dilautan, dibadai ribut dan sebagainya. Dengan menempuh semua dugaan dan rintangan tersebut pastinya kita kenal betapa susahnya hidup sebagai nelayan. TAK KENAL MAKA TAK CINTA, TAK MERASA SEBAGAI NELAYAN MAKA TAK MUNGKIN AKAN MEMBATU MEREKA. Oleh itu semua pihak berkenaan wajar membantu nelayan di negara ini ke arah hidup yang lebih selesa di masa akan datang. Setidak tidaknya bagi langkah pertama ialah menaikan harga ikan yang dibeli terus daripada nelayan kecil kecilan atau pesisir pantai atau individu. Banyak lagi langkah dan tindakan pihak berkenaan bagi membantu nelayan.

Dalam trip ini penulis dapat menguruskan kumpulan ini dengan sederhana sahaja tetapi rezeki menyebelahi kami. Keutaman penulis adalah Keseronokan semua ahli trip. Dalam trip ini ikan ikan seperti Kerisi Bali, Ruby Snapper, Kerapu Bara, Merah, Landuk/tambak, Putih, Pisang Laut Dalam, Kerapu Minyak dan lain lain dapat kami buru. Walau bagaimanapun HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  emailsyad@yahoo.com

 MASIH DALAM PERJALANAN PERGI AWAL SUBUH

 GUNUNG KINABALU

 KETIKA MEMBUAT PERSEDIAAN

 SARAPAN PAGI

 SAUDARA PAK NGAH DENGAN IKAN PUTIH

 SAUDARA PAK NGAH DENGAN EBEK

 SAUDARA KAMARUDIN DENGAN SULIT PAPAN

 ANTARA HASIL BURUAN DEKAT PULAU MENGALUN

 
SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN MERAH


 SAUDARA DAMIAN DAN REE

 ANTARA HASIL BURUAN DEKAT PULAU MENGALUN

 PENULIS DENGAN ROSY SNAPPER

 SAUDARA PAK NGAH DENGAN RUBY SNAPPER

 IKAN SULIT PAPAN LAUT DALAM

 SAUDARA REE DENGAN RUBY SNAPPER

 ANTARA HASIL BURUAN DEKAT KAWASAN SEJALI

 SAUDARA ANUAR DAN PAK NGAH

 MAKAN TENGAHARI

 SEBAHAGIAN IKAN ROSY SNAPPER SEMASA DI SEJALI

 LAGI HASIL BURUAN DI KAWASAN SEJALI

 IKAN INI TELAH DIRAGUT OLEH IKAN PEMANGSA 
TETAPI TAK SANGKUT DI MATA KAIL UTAMA

 SAUDARA PAK NGAH DENGAN IKAN KERAPU BARA ATAU SUNO

 ANTARA HASIL BURUAN LAGI DEKAT PULAU MENGALUN 
SEBELUM BALIK KOTA KINABALU

 SEMPAT BERPOSING SEBELUM BALIK KOTA KINABALU

 HASIL KESELURUHAN BURUAN KAMI 
YANG MASIH DALAM TONG UTAMA

HASIL KESELURUHAN BURUAN KAMI
SETELAH DITABUR ATAS LANTAI BOT KINGFISH


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

No comments:

Post a Comment