SAUDARA ALEX DAN IKAN JEBONG
SAUDARA MING DAN IKAN KERAPU BARA/SUNO
SAUDARA IAN DAN IKAN TAMBAK/LANDUK
PENULIS DAN IKAN PUTIH
:::::::::: xxxxx :::::::::::
"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, di berikan butiran trip dalam bulan Jun seperti berikut:
Tempoh : 1hari
Tarikh : 05 Jun 2012 (Selasa)
Masa : Bertolak: Jam 5.00 pagi / Balik: Jam 3.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 8 orang
(ALEX, SEAN, IAN, MING, ANDRE
(ALEX, SEAN, IAN, MING, ANDRE
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN PENULIS)
Lokasi : Waypoint 302 dan Tukun Sendiri Di Pulau Gaya
Jenis Ikan : Kerapu, Putih, Titir, Pisang Pisang,
Landuk/Tambak DLL
Teknik : 5 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.
Trip
memancing ini telah di selaraskan oleh Saudara ALEX dan di sertai oleh
rakan rakan beliau seperti Saudara SEAN, IAN, MING DAN ANDRE. Kumpulan pemancing
ini telah beberapa kali menyertai bot KINGFISH. Amaran cuaca (Angin Barat Daya) oleh pihak berkenaan masih lagi ditahap kritikal dan bahaya. Namun penulis dengan persetujuan ahli pemancing lain ingin mencuba memancing di kawasan 302 atau berhampiran kawasan Pulau Mengalun.
Semasa awal pagi laut begitu tenang sekali dan bot KINGFISH terus memecut ke kawasan 302 tempat perburuan pertama. Hasil buruan sangat memberangsangkan akibat ribut yang melanda seluruh Pantai Barat Sabah sepanjang minggu lepas. ikan kerapu bara, putih, kerapu minyak, pisang pisang dan lain lain telah kami naikkan. Walau bagaimanapun selepas satu jam di waypoint pertama ini, angin barat daya mula bertiup deras. KEUTAMAAN PENULIS ADALAH KESELAMATAN SEMASA DI LAUT. Penulis tidak mengambil risiko semasa di laut lepas terutamanya apabila melihat kepada bergerakan awan yang tebal dan gelap. Kami terus memecut balik ke Pulau Gaya. Dalam pada itupun semasa di pertengahan jalan iaitu kira kira 10 batu lagi daripada Pulau Gaya, Bot kami telah di BADAI RIBUT Barat Daya dengan kelajuan 37kmj. Wah.. Wah.. Wah.. Anda boleh bayangkan keadaan kami. Sememangnya ribut berserta hujan telah membadai dengan ganas dan mencemaskan semua ahli.
Lokasi pemburuan kami seterusnya adalah tukun buatan sendiri di sekitar Pulau Gaya dan
Sepanggar. Keseluruhan hasil buruan tidak menghampakan. HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip di berikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
KIRI KE KANAN: SAUDARA IAN, SEAN, ALEX, MING DAN ANDRE
SESI MINUM PAGI DAN BERGAMBAR DAHULU
SAUDARA ALEX
IKAN OLEH SAUDARA KAMARUDIN
SAUDARA PANYOLAH
SAUDARA MING
SAUDARA PANYOLAH
IKAN PUTIH
SAUDARA IAN
SITUASI DAN KEADAAN SEMASA PERMULAAN
AWAN BERARAK DENGAN LAJU/DERAS
SEMASA DALAM PERJALANAN BALIK DAN MASIH CERIA LAGI
RIBUT BARAT DAYA MULA MEMBADAI BOT KAMI
MENCEMASKAN SEMUA AHLI TRIP
KESELAMATAN SEMUA AHLI BERGANTUNG KEPADA KECEKAPAN
TEKONG BAGI MENGENDALIKAN BOT SEMASA RIBUT
RIBUT BESERTA HUJAN LEBAT
BARU CERIA KETIKA MENGHAMPIRI PULAU GAYA
SEMASA DI BALIK PULAU GAYA
SANGAT PENTING KAMI SELAMAT BERLINDUNG DI BALIK PULAU GAYA
MANDI DI LAUT DULU LAH
MAKAN TENGAHARI
MEMBUAT PERSIAPAN SENJATA UNTUK MEMBURU DI TUKUN
ANTARA HASIL OLEH SAUDARA ANDRE
HASIL BURUAN KAMI
TAKE 2 FOR EACH PERSON
THUMB UP KETIKA HENDAK BALIK SEMULA KE KOTA KINABALU
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
Askum, nana kinda miss the moment fishing with uncle family...:'(
ReplyDelete