Sunday, March 11, 2012

KEJAYAAN BERMULA DARIPADA KEGAGALAN PERTAMA

  
 KANAN KE KIRI:
SAUDARA DAVID, KENT, HYIUNG, DENNIS DAN TIMOTHY
 
~~~~~~ XXXXXX ~~~~~~

"MEMANCING ADALAH HOBI DAN HOBI ADALAH MEMANCING". Para semua pembaca yang budiman, terawal sekali diberikan butiran trip memancing bulan Mac 2012 seperti berikut: 
 Tempoh              : 1hari
Tarikh                 : 11 Mac 2012 (Ahad)
Masa                   : Bertolak: Jam 5.30 pagi / Balik: Jam 2.00 petang
Bot                      : KINGFISH
Keahlian            : 8 orang (KENT, TIMOTHY, DAVID, DENNIS,
                              HYIUNG, KAMARUDIN, PANYOLAH
                              DAN PENULIS)                  
Lokasi                : Waypoint sekitar 302 dan Tukun penulis.
Jenis Ikan         :  Kerisi Bali, Kerapu, Pisang Pisang  DLL.
Teknik               : 5 orang Rod and Reel dan 3 orang Handline.

Kumpulan Pemancing daripada Kota Kinabalu ini yang di barisi oleh Saudara KENT(Ketua), TIMOTHY, DAVID, DENNIS DAN HYIUNG adalah kali pertama menyertai memancing bersama Bot KINGFISH. Kumpulan pemancing ini juga kerap kali memancing di laut sekitar Kawasan Kota Kinabalu, Sandakan, Pitas dan kawasan lain di Sabah. 

Akibat Angin Barat Daya yang masih melanda Sabah ketika ini maka trip kumpulan pemancing ini hanya sekadar trip pemanas badan (warming up) sahaja. Walaupun kami sudah sampai dan memancing ke kawasan (Waypoint) 302 dekat Pulau Mengalun, namun tidak dapat bertahan lama terpaksa berpatah balik semula ke kawasan Tukun Penulis di Pulau Gaya akibat angin yang mengganas. Di Tukun Penulis dan kawasan sekitarnya pula, ikan sangat kurang mematuk.

Walau bagaimanapun dalam trip ini, kami hanya dapat memburu dua hingga tiga ekor ikan sahaja setiap orang. Cuma akibat kesibukan dan kealfaan, penulis tidak sempat mengambil potret aksi masing masing.  REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA.

Sesungguhnya HOBI MEMANCING MEMERLUKAN KESABARAN, KETABAHAN DAN KEYAKINAN DIRI. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com


 KANAN KE KIRI:
SAUDARA DAVID, KENT, HYIUNG, DENNIS DAN TIMOTHY

 SAUDARA KENT DENGAN KERISI BALI 3KILO DI WAYPOINT 302

 SETELAH DI BUAI OMBAK TIMUR LAUT SEJAK AWAL PAGI LAGI
KAMI HANYA BERSARAPAN DEKAT PULAU SEPANGGAR, KOTA KINABALU

 TUKUN PENULIS BERHAMPIRAN KAPAL KONTENA INI

 SAUDARA DAVID MENCUBA TROLLING BERHAMPIRAN KAPAL KONTENA

MAKAN TENGAHARI SEBELUM BALIK

 
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

4 comments:

  1. salam kenal. bawak orang gi mancing ke? boleh book?

    ReplyDelete
  2. Salam TT, Dua atau tiga orang je boleh joint trip memancing saya. Saya hanya turun setiap hujung minggu je (Sabtu dan Ahad). Tetapi setiap sabtu dan ahad telah habis di tempah sehingga bulan november 2012 dan terima kasih.

    ReplyDelete
  3. tp sy tgk posting lebih dari 5 org 1 trip? macam mana tu tuan?

    ReplyDelete
  4. Tuan TT, Saya dan 2 0rang pembantu saya sudah tetap (Fixed). Jika memancing di Pulau Mengalun yang boleh tumpang saya hanya 3 atau 4 orang sahaja tuan. Semuanya 6 atau 7 orang. JIka lebih daripada itu: 1)Keselamatan kurang terjamin jika di landa ombak. 2) Dengan menggunakan teknik berhanyut (Drifting) Keselesaan juga perlu di ambil kira, Jangan asyik line/tali pancing berkulut/berbelit saja jadi maggi antara satu dengan lain. Saiz bot hanya 28' panjang. Antara satu pemancing terlalu dekat dan sempit. 3) Penggunaan petrol terlalu tinggi oleh 2 injin sebab bot sarat muatan. Tkasih

    ReplyDelete