SAUDARA DANIEL SELAKU KETUA SRAD FISHING TEAM
----------OOOOOOO---------
Tempoh : 1hari
Tarikh : 09 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : Bertolak: Jam 4.00 pagi / Balik: Jam 5.00 petang
Bot : KINGFISH
Keahlian : 7 orang
DANIEL (KETUA), ALAN, SCOTT, ROMEO,
KAMARUDIN, PANYOLAH DAN IR SYARD
Lokasi : Sejali, Pulau Mengalun dan 302
Jenis Ikan : Kerisi Bali, Merah, Kerapu Minyak,
Pisang Pisang, Putih DLL
Teknik : 4 orang Road and Reel dan 3 orang Handline.
Teknik : 4 orang Road and Reel dan 3 orang Handline.
Trip memancing sehari oleh SRAD FISHING TEAM ini di sertai oleh Saudara Daniel (Ketua), Alan, Scott dan Romeo. Kumpulan pemancing ini berasal daripada Kota Kinabalu dan merupakan rakan sehobi memancing di sekitar kawasan Pantai Barat Sabah. Trip ini sebenarnya telah di rancang sebulan lalu tetapi memandangkan Bot KINGFISH terlalu padat di tempah, maka pada tarikh ini sahaja kumpulan ini berpeluang memancing ke laut lepas dengan menaiki Bot KINGFISH. Itu pun kebetulan anak penulis (IR SYARD) dapat mengaturkan semua kelancaran trip ini. Termasuklah menjadi juruphoto sehinggakan potret sendiri tak ada diselitkan dalam post ini.
Penulis ingin memaklumkan di sini bahawa peluang memancing dengan menaiki Bot KINGFISH perlu di tempah lebih awal. Oleh yang demikian tempahan bagi tahun hadapan (2012) perlu di buat mulai daripada sekarang.
Perancangan dan persetujuan oleh kumpulan ini untuk memancing di sekitar di waypoint Ruby(200m) tetapi terpaksa dihalakan ke Sejali dan Pulau Mengalun akibat keadaan laut yang tidak menentu dan arus terlalu kuat. HOBI TETAP HOBI, KEUTAMAAN ANAK PENULIS ADALAH KESELAMATAN DI LAUT.
Sempena trip memancing ini, mereka telah di berikan sedikit rezeki. REZEKI ADA DI MANA MANA CUMA KITA KENA BERUSAHA UNTUK MENCARINYA. Dengan menaiki Bot KINGFISH akan terungkai dan memburu segalanya. Beberapa keping potret trip diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih.
"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
Sila hubungi.
No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
SRAD FISHING TEAM , KOTA KINABALU
KIRI KE KANAN: SAUDARA SCOTT, DANIEL, ALAN DAN ROMEO
PEMANDANGAN SEMASA DALAM PERJALANAN MENUJU SEJALI
KEDUDUKAN MATAHARI TERBIT SEWAKTU MEMANCING DI SEJALI
SAUDARA ROMEO DENGAN IKAN MERAH
SAUDARA SCOTT DENGAN IKAN KERISI BALI
SAUDARA ALAN DENGAN IKAN PUTIH
SAUDARA PANYOLAH DENGAN IKAN KAPAS KAPAS LAUT
SAUDARA KAMARUDIN DENGAN IKAN KERAPU BARA/SUNO
SAUDARA PANYOLAH DENGAN IKAN KERISI BALI
SAUDARA PANYOLAH DENGAN DOUBLE HOOKED
SAUDARA SCOTT DENGAN IKAN KERISI BALI
SAUDARA ALAN GEMBIRA DENGAN IKAN BURUANNYA
ANTARA IKAN YANG BERJAYA DITANGKAP OLEH SRAD FISHING TEAM
PANTULAN CAHAYA MATAHARI SEMASA BALIK
SEMUANYA TENANG DALAM PERJALANAN BALIK
SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG
bro IRSYAD.. itu nama Alan sama Romeo terbalik dah... haha... boleh betulkan kah... apa-apa pun terima kasih dari kami semua kerana kamu berusaha mencarikan "takat" yang ada ikan walaupun keadaan laut yang tidak memuaskan.. sekali lagi terima kasih dari kami SRAD Anglers Team...
ReplyDeleteSaudara Alan Ng, Pembetulan telah di lakukan dan jutaan terima kasih kepada ahli SRAD Anglers Team atas kerjasama sepanjang trip ini. sehingga jumpa lagi dalam trip akan datang. TQVM - IRSYAD
ReplyDelete