Monday, March 14, 2011

RIADAH BERSAMA WARGA AGROBANK KOTA KINABALU

"BERKELAH ADALAH JUGA HOBI". Para semua pembaca yang budiman, memandangkan sehingga hari ini Angin Timur Laut masih lagi  menganas di laut lepas dan bencana Tsunami telah melanda Negara  Matahari Terbit (Jepun), maka pada 12 Mac 2011 (Sabtu) bot KINGFISH telah disewa khas oleh keluarga Mr. Rambo S. Andu iaitu warga daripada Agrobank Kota Kinabalu seramai 13 orang. Mr.Rambo telah menyewa bot KINGFISH untuk meninjau Pulau Mamutik dan singgah beriadah serta santai di Pulau Manukan, Taman Tungku Abdul Rahman, Kota Kinabalu. 

Trip riadah yang dirancang awal oleh Mr. Rambo terganggu seketika oleh sebab Jabatan Kajicuaca Malaysia telah memberi amaran awal bahawa ombak Tsunami akibat daripada Gempa bumi berlaku di Jepun pada awal Pagi 11 Mac 2011 di jangka akan membadai seluruh kawasan Pantai Barat Negeri Sabah. Walau bagaimanapun amaran tersebut telah ditarik balik sekitar jam 11.30 malam. Dalam kesempatan ini Penulis juga mengucapkan TAKZIAH kepada penduduk Jepun yeng terlibat dengan bencana Tsunami. Penarikan balik amaran ini, pastinya melegahkan keluarga Mr. Rambo dan bot KINGFISH untuk meneruskan trip riadah ini.   KESELAMATAN DILAUT DAN DI PANTAI ADALAH KEUTAMAKAN PENULIS. 

Daripada makluman awal keluarga Mr. Rambo merasa puas dalam trip ini dan diharap beliau dapat menyampaikan keseronokan ini kepada seluruh warga lain di Agrobank. Keseronokan bukan hanya untuk memancing tetapi juga untuk beriadah dan berkelah di pulau pulau sekitar Kota Kinabalu. Anda juga boleh beriadah dan berkelah dengan keluarga, rakan taulan dan  pelancong asing.

Beberapa keping potret  trip keluarga Mr. Rambo diberikan seperti di bawah ini untuk tatapan semua pembaca budiman. Terima Kasih. 

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com


 'PICK UP POINT'  DI HADAPAN HOTEL LE MERIDIEN 

 BOT KINGFISH TIBA MENGHAMPIRI JETI

KELUARGA MR. RAMBO YANG TIDAK SABAR MENAIKI BOT

MR. RAMBO (BERBAJU PUTIH) DAN KELUARGA 
SEMPAT BERGAMBAR DEKAT JETI

KAPAL NELAYAN (BELAKANG) JUGA TAKUT KE LAUT
AKIBAT AMARAN TSUNAMI

SEMASA PERMULAAN PERJALANAN

SAUDARA RIDUAN TURUT MENGAMBIL KESEMPATAN 
MENGEMUDI KINGFISH

 AHLI TRIP DIBERI PELUANG 
UNTUK MENINJAU SEKITAR PULAU MAMUTIK

SEMASA PERJALANAN KE PULAU MANUKAN
AHLI TRIP NAMPAKNYA TIDAK SABAR LAGI NI.

MOHD IRFAN MACAM ORANG PUTIH SANTAI

SAUDARA RIDUAN DAN FARHAN 
TURUT MENGAMBIL POTRET KENANGAN

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PULAU MANUKAN

MENGABADIKAN KENANGAN DIBALIK PULAU MANUKAN
RIDUAN DAN FARHAN BERBAKAT BESAR SEBAGAI MODEL 

MOHD IRFAN MEMPERAGAKAN MODEL GAYA SANTAI 

IGUANA YANG MENGAWAL KAWASAN DILARANG BERENANG

RIDUAN DAN FARHAN 
MENUNGGU AHLI LAIN UNTUK KEBERANGAKAT BALIK

SEMASA BALIK DI JETI PULAU MAMUTIK 


SEHINGGA JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG


No comments:

Post a Comment