Wednesday, October 20, 2010

IKAN GARAM GARAM, LAUTAN TENANG DAN TRIP EN.YUSNIN

IKAN GARAM GARAM YANG LAZAT DIMAKAN

LAUTAN TENANG MEMUKAU JIWA BAGAIKAN  DI ATAS DANAU

SEMUANYA TERUNGKAI BERSAMA TRIP PANCING EN. YUSNIN INI.

Salam 1Hobi, 1Destinasi dan 1Impian kepada para pembaca budiman. Tiga potret terawal ini adalah sandaran tajuk post penulis pada kali ini. Ianya akan mengisahkan tiga perkara yang berasingan dalam satu trip pancingan KINGFISH  baru baru ini. Diharap semua pembaca budiman agar dapat mengikut pengisahan setiapnya kerana terdapat unsur unsur pengajaran, menghargai yang kita lihat dan mensyukuri nikmat. Penceritaan ini juga berkisar tentang:  i) Cara membuat ikan garam garam;  ii) Keunikan dan keindahan alam semesta ini; dan  iii) Spesies ikan yang kami perolehi. Sesungguhnya sesuatu yang baik lagi indah itu, kita jadikan bekalan dan ajimat yang paling bernilai sebagai panduan dan tauladan.

Oh ya! terawal sekali diberikan butiran trip ini iaitu minggu ketiga bulan Oktober 2010 seperti berikut:
Tempoh               :  2hari1malam. 
Tarikh Bertolak  :  16 Oktober 2010 Sabtu) (Jam 4.00 Pagi)
Tarikh Balik       :  17 Oktober 2010 (Ahad) (Jam 1.00 Petang)
Bot                      :  KINGFISH
Keahlian             :  Esmadol,  Yusnin (TPPT KK), Kamarudin dan 
                              Panyolah
Lokasi                 :  Destinasi sekitar Kawasan 302, 303, Sejali
                               Ruby Snapper(kedalaman 200M) dan 
                               Pulau Mengalun
Jenis Ikan           :  Pelbagai jenis putih seperti Blue Trevally(BT), 
                               Giant Trevally(GT), Gold Spotted Trevally(GST) 
                               dan Pelbagai jenis Kerapu seperti Coral Trout(CT), 
                               Tomato Rockcod(TRC) dan Estuary Cod(EC), 
                               Kerisi Bali, Deepwater Squirrelfish (DS), Pisang,
                               Sweetlip Emperor(SE), Robinson's Seabream(RS),  
                               Long-Spined Snapper(LSS), Titir dan lain lain.
Teknik                :  Tiga orang Handline dan seorang Rod & Reel.


Berikut ini penulis akan menceritakan tentang tiga segmen tajuk post ini, di ikuti dengan beberapa keping potret mengenainya seperti berikut:


IKAN GARAM GARAM
Makanan atau lauk Ikan Garam Garam ini memang sedap dan enak apabila dimakan. Bunyi macam masin sangat dan pantang dimakan oleh orang yang menghidapi penyakit darah tinggi. Sebenarnya tidak kerana kepekatan masin atau garamnya boleh di kawal oleh pembuatnya mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Lauk/ikan ini juga boleh di keringkan atau di jemur tanpa garam (zero salt) hanya titisan air masin laut.

Proses membuatnya ialah dengan mengambil ikan baru yang dipancing pada awal pagi ahad atau hari sebelum balik ke tanah besar. Jika ikan semalaman, sudah tak segar lagi dan Jika dibuat awal (sehari sebelum balik) pula, ikan yang diproses itu dikhuatiri akan jadi busuk. Ikan hendaklah bersaiz sederhana dan nipis agar mudah kering oleh mentari. Ikan juga hendaklah di siangkan perut dan sisik terlebih dahulu sebelum di kelar untuk proses pengeringan cepat. Ikan hendaklah di toskan atau dikeringkan (Jangan terlalu Lama) terlebih dahulu. Garam secukup rasa (ikut keperluan sendiri) dibubuh seluruh luar badan dan dalam perut ikan. Selepas itu dijemur sehingga kering dan boleh dibawa balik ke rumah untuk di masak seterusnya dimakan. 

Wow! sungguh menyelerakan apabila di masak dengan apa cara sekalipun tertakluk kepada kehendak masing masing. Penulis dan sekeluarga sangat mengemarinya apabila dimasak dengan hanya menggorengnya sahaja tanpa campuran bahan lain. Sila lihat potret berikut ini yang menjelaskan secara sendiri. Potret ini telah dirakam sepanjang hari ahad lalu (17/10/2010). Selamat mencuba.

 PROSES SEMASA PENGERINGAN AWAL SEBELUM BUBUH GARAM

SELEPAS GARAM DI BUBUH DAN PENGERINGAN DITERUSKAN

IKAN KELIHATAN MENGECUT DAN SEDIA UNTUK DI BAWA BALIK

SAMPAI DI RUMAH. APA LAGI GORENG ATAU MASAK LAH: SEDAP

CORAL TROUT (KERAPU BARA) INI YANG KAMI PANCING DALAM 
TRIP INI JUGA PENULIS BAWA BALIK SIAP SEDIA DI MASAK 'STEAM'

MEMANG BERKUALITI:  KERAPU BERGRED TINGGI PERLU 
DI MASAK 'STEAM' AGAR MELAHIRKAN GAYA HIDUP TINGGI

KERAPU BARA SEMEMANGNYA SANGAT DI GEMARI:
ISI IKAN INI MANIS, HALUS, LEMBUT, PADAT DAN PUTIH KAPAS

HINGGA MENJILAT JARI OLEH IKAN GARAM GARAM DAN KERAPU BARA


LAUTAN TENANG
Dalam segmen ini, Penulis pula akan mencoretkan sikit mengenai situasi sebenar keadaan laut semasa tip kami selama dua hari satu malam ini. Pada awalnya kami tidak yakin dapat lepas kelaut dalam kerana daripada ramalan cuaca dan kekuatan angin  pada 15/10/2010 (Jumaat) yang langsung tidak meyakinkan kami. Walau bagaimaapun penulis apabila berniat hendak ke laut memancing tidak akan menoleh kebelakang atau membatalkan  sahaja trip. Keyakinan, Tawakkal dan disandarkan pada pengalaman adalah kekuatan kepada setiap langkah permulaan kita.

Dengan kekuasaan dan berkat maha berkuasa, ternyata pada subuh 16/10/2010 menyebelahi KINGFISH untuk terus membelah laut membawa kami memancing ke laut dalam. Pada pengamatan penulis trip memancing kami pada kali ini adalah berada seperti di atas air Danau atau Tasik. Begitu tenang tanpa bayu, alun dan ombak. Keunikan  alam semesta ini jelas penulis fahami, rasai dan langsung mengalir hingga ke jiwa.

Selepas penulis menghayati semuanya,  rupa rupanya maha berkuasa juga ada menghadiahkan kami sesuatu keindahan semasa menikmati suasana 'SUNRISE' dan 'SUNSET'. Gabungan warna yang dilahirkannya tersirat seribu erti dan penulis sangat menghargainya. Bahkan para semua pembaca budiman pun akan berkongsi bersama paparan potret potret seperti berikut ini.

KINGFISH MEMPUNYAI FASILITI INI UNTUK ASPEK KESELAMATAN

KINGFISH YANG MEMBELAH LAUT DAN OMBAK

PERCIKKAN AIR LAUT OLEH KINGFISH

DI LEWAT SUBUH PADA 16/10/2010, AIR LAUT TENANG SEKALI

DI LEWAT TENGAHARI JUGA LAUT DAN LANGIT SERUPA BIRU

WAJAH SEORANG PEMANCING YANG JATUH KE LAUT

SESEORANG PEMANCING PERLU MENILAI DIRI MELALUI CERMIN LAUTAN 

PERSIMPANGAN: SETITIK CAHAYA ANTARA DUA ARAH

 KEBEBASAN PEMANCING YANG TERKURUNG

PERASAAN SEORANG PEMANCING YANG TAK MEMPUNYAI WAKTU LAGI

 MONSTER MENGEJAR PEMANCING 
PEMANCING MENGEJAR IMPIANNYA

 IMPIAN SEORANG PEMANCING SELALU SAMAR SEDANGKAN 
DIA SUDAH BERADA DI LAUT DAN LANGIT YANG BIRU LAGI TENANG


TRIP BERSAMA EN. YUSNIN - SPESIES IKAN
Dalam trip bersama En. Yusnin ini, kami masih dimurahkan rezeki lagi. Pelbagai spesies ikan telah kami perolehi dan semuanya adalah menjadi kekuatan semangat kami untuk meneruskan minat. Dengan harapan ini agar satu hari nanti kami bakal menjadi cemerlang. Banyak perkara yang harus kita pelajari dan tempuhi dalam mencapai tahap sebagai pemancing pro. Tetapi tiada yang mustahil jika kita ada keinginan ke arah itu.  

Demikian juga kekuatan En. Yusnin adalah di kagumi oleh penulis dan ahli trip yang lain.  Berkat daripada pengalaman luas dan skill yang di miliki, beliau telah menaikan spesies ikan bergred dan berkualiti tinggi.  Dalam sesi trip ini, penulis agak sukar menandingi beliau. Wow... Rakan rakan beliau di luar sana pun tahu menilai pujian ini. Tak percaya lihat sahaja potret potret seperti di berikan di bawah ini. Pada post kali ini, penulis hanya memberikan potret secara individu ahli trip. Mereka berposing dengan ikan pancingan masing masing. Semuga anda semua terhibur jua. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com


YUSNIN: DENGAN GAYA PRO NYA

YUSNIN: 'BLUE TREVALLY'

KAMARUDIN: 'TOMATO ROCKCOD'

PANYOLAH: 'CORAL TROUT' AND 'ESTUARY COD' 

PENULIS: 'BLUE TREVALLY'

'BLUE TREVALLY' WITH BLUE OCEAN

YUSNIN: 'DEEPWATER SQUIRRELFISH'

KAMARUDIN: 'DEEPWATER SQUIRRELFISH'

PENULIS; 'DEEPWATER SQUIRRELFISH"

'DEEPWATER SQUIRRELFISH' 
KAMI PANCING PADA KEDALAMAN 200M

GIANT DEEPWATER SQUIRRELFISH

YUSNIN: 'GIANT TREVALLY'

KAMARUDIN: 'ROBINSON'S SEABEAM'

PENULIS: 'CORAL TROUT' AND 'TOMATO ROCKCOD"

KAMARUDDIN: 'GOLD-SPOTTED TREVALLY'

KAMARUDIN: KERESI BALI

YUSNIN: 'CORAL TROUT'

BABY SWEETLIP EMPEROR

REDTOOT TRIGGERFISH

KEMBALI SEMULA PADA TENGAHARI 17/10/2010 (AHAD) ADALAH SAAT 
YANG DITUNGGU SEHINGGA KEKUATAN KINGFISH MENCAPAI MAKSIMA

JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG.



6 comments:

  1. x sabar mo ikut trip akan dtg suatu pengalaman yang menarik..sedap owh tu ikan segar bos..hehehehe..

    ReplyDelete
  2. En. K, Pengalaman memancing tidak sama dengan pengalaman pengalaman lain."Good friends and teams, Good feel and hear, Good catch and taste. Everthing in good mood"

    ReplyDelete
  3. WAH UNCLE, LAPAR TRUS SY TGK IKAN2 DLM GMBR TUH...

    ReplyDelete
  4. MS, jika kita dalam keadaan lapar, memang semua makanan rasa sedap je...

    ReplyDelete