Monday, October 4, 2010

2 DESTINASI DALAM 1 MASA

Ring... Ring... Ring... 
Penulis  :  Salam
Yusnin   :  Salam, Lama dah tak memancing ni bang.
Penulis  :  Jadi apa cadangan nin?
Yusnin   :  Ada trip memancing ke hujung minggu ini?
Penulis  :  Maaf lah nin, minggu ini tak ke laut sebab
                 cuaca angin selatan sehingga kelajuan 40-50 kmj
                 Kawasan Pantai Barat Sabah seluruhnya terlibat ni.
Yusnin   :  Tapi tak ada trip ke tukun dekat Pulau Gaya je ke?
Penulis  :  Boleh atur bah kalau tukun je. Bila nak mancing?
Yusnin   :  Kalau ahad ini jam 7.00 pagi bagaimana?
                 Saya dan Rahman ikut sama. okey ke?
Penulis  : okey, confirm. bye..

Ring... Ring... Ring...
Penulis  :  Salam
Yusuf     :  Salam, Dengarnya memancing dekat tukun ke ahad ni?
Penulis  :  Ya betul, trip Encik Yusnin kawan kita daripada TPPT.
Yusuf    :  Boleh ikut ke? sebab nak buat ujian set baru saya lah
Penulis "Boleh bah kalau kau"  Lagi pun dah ada lampu hijau
                 daripada Encik Yusnin.
Yusuf    :  Okey, saya confirm. bye..

Melalui Perbincangan
Penulis  :  Pagi ahad ni free ke?
Azrie     :  Free, tak ada aktiviti lain juga
Penulis  :  Nak ikut kami memancing ke?
                Dekat tukun di Pualau Gaya je
Azrie     :  Siapa ahli lain yang pergi?
Penulis  :  Tiga orang, semuanya kawan kita juga
Azrie     :  Okey, saya confirm nak ikut sama. 

Diberikan butiran trip ini iaitu minggu pertama bulan Oktober 2010 seperti berikut:
Tempoh               :  1hari (8 jam) sahaja.
Tarikh Bertolak  :  03 Oktober 2010 (Ahad) (Jam 8.00 Pagi)
Tarikh Balik       :  03 Oktober 2010 (Ahad) (Jam 4.00 Petang)
Bot                      :  KINGFISH
Keahlian             :  Esmadol,  Yusnin dan Rahman (TPPT KK)
                               Azrie (JKJR KK), Yusuf (JPJ KK) dan Kamarudin.
Lokasi                 :  Tukun Sendiri di Pulau Gaya dan Sekitar Kawasan 
                               302 (Pulau Mengalun)
Jenis Ikan           :  Kerapu, Kerisi, Putih, Pisang, Titir dan lain lain
Teknik                :  Tiga orang Handline dan tiga orang Rod & Reel.

Bagi makluman, pada asalnya spot memancing kali ini hanya ditumpuhkan pada kawasan tukun sendiri sahaja dekat Pulau Gaya, Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun atas alasan seperti di bawah ini, maka trip ini dihalakan terus ke spot posisi laut lepas:
   i)   Hasil pancingan dekat tukun sendiri kurang memuaskan. Hanya beberapa
        ekor kerapu minyak, sulit, pisang dan titir.
   ii)  Cuaca baik dan laut tenang sekali pada pagi ahad itu dan melonjakkan kami
        terus memancing ke laut  lepas.
   iii) Semua ahli setuju tentang bayaran kos petrol tambahan. Dan
   iv) Atas permuafakatan bersama semua ahli trip.

Atas Dasar 1Hobi, 1Destinasi dan 1Impian, maka KINGFISH terpaksa berpatah balik ke Pasar Ikan Utama di Kota Kinabalu untuk menambah bekalan umpan (ikan Basong) dan ketulan/blok ais. Tepat jam 9.50 pagi, KINGFISH terus menghala dan meninggalkan buih buih ombak ke laut lepas ia itu  Kawasan 302 (dekat Pulau Mengalun). 

Tepat jam 10.40 pagi kami mula memburu hasil yang di idam idamkan sehinggalah jam 3.00 petang. Setelah hasil sekian banyak (Rezeki Allah Jua) diperolehi dan dapat memuaskan semua ahli trip , maka KINGFISH pun selamat kembali semula di jeti Kota Kinabalu tepat jam 4.00 petang. Wow... Hasil kami amat lumayan dan  langsung tak di duga.

Tak sangka juga trip KINGFISH kali ini boleh melakukannya iaitu memancing DUA DESTINASI DALAM  SATU MASA.  Potret berikut akan menceritakan semuanya. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com

PARA PEMBURU YANG CEKAP. DARI KIRI KE KANAN: RAHMAN, YUSNIN, YUSUF DAN AZRIE
SENJATA MILIK YUSNIN DAN RAHMAN YANG DIGUNAKAN

RAHMAN MENYIMPAN SENJATA DI TEMPAT YANG SELAMAT DAN BETUL

SEBELUM TAKE OFF INGAT SLOGAN INI:  1HOBI, 1DESTINASI DAN 1IMPIAN

 TERMASUKLAH KAMARUDIN INI: 1HOBI, 1DESTINASI DAN 1IMPIAN

KEPERLUAN UTAMA SEMUA AHLI SARAPAN PAGI DALAM KINGFISH

BENING DI WAKTU PAGI KETIKA KAMI BERLEPAS DARI PUSAT BANDAR

TUKUN SENDIRI: AZRIE -  TERSENYUM DENGAN KERAPU MINYAK DAPAT DINAIKKAN

 TUKUN SENDIRI: YUSNIN -  LIHATLAH BETAPA GARANGNYA TITIR INI KU NAIKKAN JUA

TUKUN SENDIRI: RAHMAN - ANTARA SENYUMAN DAN SULIT MERAH BERSIRIP KUNING
TUKUN SENDIRI: YUSUF - POSING YANG CANTIK IKAN PUN CANTIK JUA

TUKUN SENDIRI: KAMARUDIN - MENUNJUKAN SKILL MELEPASKAN MATA KAIL

TUKUN SENDIRI: YUSUF - SET BARU KU TELAH DIUJI DI TUKUN INI DAN........

SUASANA TENANG ATAS KINGFISH KETIKA MENUJU KE LAUT LEPAS, JAM 10.00 AM

SEBAIK TIBA DI WAYPOINT YANG DI TUJU YUSNIN DAN SEMUA AHLI STRIKE BAH

RAHMAN: SAYA PUN STRIKE TAPI TAK TAHU IKAN APA: SEBAB AKHIRNYA TERLEPAS

YUSNIN DAN YUSUF: TRIPLE HARVESTING BAH DAN LIHATLAH INI

AZRIE: HAI! SAYA PUN MAMPU DOUBLE HARVESTING. NAH LIHATLAH INI

YUSNIN: SPESIES KERAPU BARA (SALAH BAJU) BERSKALA 1 KILO. MOLEK KAN?

YUSUF: JIKA SAYA MAMPU MENAIKANNYA KENAPA ANDA TIDAK.....

AZRIE: IKAN PUTIH INI SEBAGAI TATAPAN MATA BERSAMA ANDA SEMUA 

GOOD GRADE, GOOD SIZE AND GOOD TASTE. ANDA MAMPU MENILAINYA

TIME LUNCH ATAS KINGFISH DENGAN PELBAGAI HIDANGAN

SIAPA KATA MAKAN TAK BERSELERA JIKA DIBUAI OLEH ANGIN SEPOI SEPOI BAHASA

POSING BERSAMA HASIL TUAIAN DIANGGARKAN SEBERAT 40 KILO SEMUANYA

IKAN KERISI BALI YANG MEMONOPOLI HASIL TUAIAN KAMI

"TIDAK SEMUA ANTARA KITA DAPAT MENIKMATI KEPUASAN SEPERTI KAMI"

 JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG.

5 comments:

  1. askum...uncle, bila lagi kita p memancing? :)

    ReplyDelete
  2. Salam, nanti atur dengan Ir syad atau aunty. saya ikut je. TQ

    ReplyDelete
  3. Salam 1Hobi 1Impian 1Destinasi...Semoga rezeki dan keselamatan sentiasa bersama kita disetiap trip yang kita lalui...Amiinnn...

    ReplyDelete
  4. Tn. Y, Doa tuan adalah sangat dihargai jua. Sesungguhnya Doa itu adalah keselamatan. TQ

    ReplyDelete
  5. insyaallah, tggu irsyad habis exam dulu la..

    ReplyDelete