Wednesday, September 22, 2010

TRIP PERTAMA KINGFISH (2010)

Salam 1Hobi, 1Distinasi dan 1Impian kepada para pembaca budiman. Sejak sekian lama (Enam bulan lalu) saya dan pembantu tekong saya tak memancing ke laut lepas akibat tergendala oleh pembuatan bot baru KINGFISH dan bulan puasa, maka sabtu dan ahad lepas barulah kami dapat melepaskan geram yang lama terpendam. Resah gelisah kami telah terubat oleh trip bot KINGFISH buat pertama kalinya turun ke laut lepas.  

Pada tujuan awal trip ini hanya dirancang untuk saya, anak dan kedua pembantu tekong saya sahaja, sebagai try run and testing segala peralatan bot baru. Walau bagaimanapun Abang Azaharul telah early bird booking semasa beliau Berhari Raya ke rumah saya. Sebagai sahabat serta kebetulan pula beliau masih bercuti raya, maka permintaannya sukar ditolak. Beliau memang tegar, ramah, pemurah, berpengalaman luas dan understanding dalam hobinya sebagai pemancing apabila menyertai trip saya. Saya kagumi beliau.

Saya berikan butiran trip kami seperti berikut:
Tempoh               :  2hari 1malam
Tarikh Bertolak  :  19 September 2010 (Sabtu) (Jam 4.00 Pagi)
Tarikh Balik        :  20 September 2010 (Ahad) ( Jam 1.00 Thari)
Bot                      :  KINGFISH
Pemancing         :  Esmadol, Azaharul, Kamarudin, Irsyad dan Panyolah
Lokasi                 :  Sekitar Kawasan Pulau Mengalun dan Sejali sahaja
Jenis Ikan          :  Kerapu, Keresi, Putih, Merah, Ketambak, Pisang,
                              Titir, Piring Piring dan lain lain
Teknik                :  Semua Handline kecuali Abang Azaharul menggunakan
                              Rod & Reel.
 
Di maklumakan juga kami hanya dapat memancing pada sebelah sabtu tengahari hingga petangnya dan awal pagi ahad hinggalah kami balik sebelah tengahari. Sementara awal pagi sabtu dan sebelah malamnya pula ribut dan hujan melanda, maka kami hanya bersantai, makan dan tidur di Pulau Mengalun sahaja. Sementara sebuah kipas injin bot saya pula telah terlanggar batang terapung lalu merosakkannya.  Ini adalah antara ujian dan cabaran  kami dalam trip ini. Walaupun pagi sabtu dan malamnya kami tak memancing, namun hasil yang kami perolehi amat memuaskan  sehingga dapat dijual kepada klien dan rakan. 

Bagi hasil pancingan Abang Azaharul seorang sahaja, beliau telah dapat memenuhkan sebuah tong Colemen biru.  Beliau merasa puas dalam trip ini kerana hasil pancingan ada yang bersaiz mega dan sederhana. Beliau akan melaporkan perjalanan trip ini ke dalam MFN Forum nanti. Nantikan dan layari laporan beliau.    

Kitaran dari mula hingga berakhirnya rentetan peristiwa trip pertama ini dapat dilihat melalui semua potret di bawah ini. Kami semua merasa satu keseronokan dan kepuasan yang tak terhingga. MELALUI KINGFISH SAHAJA KITA MERASANYA. Terima Kasih.      

  "Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."

Sila hubungi.

No. Telefon:      Esmadol - 6019 8956757  /  Ir Syard - 6016 8111185
Email:                  esmajim@yahoo.com  /  emailsyad@yahoo.com  

   
  

   
  
  













































 JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG.

4 comments:

  1. Mereka mahukan kualiti kesegaran ikan berbanding ikan di pasar yang dah lama dan entah apa lagi pengawetnya. Cuba arrange dengan irsyad. Tq

    ReplyDelete
  2. insyaallah, next time saya arrange dgn dia..

    ReplyDelete