Monday, September 20, 2010

SPESIES IKAN KU PANCING

Sebagaimana para pemancing lain yang berada di luar sana, mereka pernah memancing di merata tempat  dan pelusuk dunia, menggunakan teknik memancing pelbagai cara, memancing menggunakan pelbagai fishing gear, melalui seribu pengalaman, menangkap pelbagai spesies ikan, bermimpi yang indah indah dan banyak lagi. Demikian lah juga saya hendaknya. Ada seribu daya  dan dalih, gaya dan bahasa, misi dan visi,  agenda dan matlamat, pancing dan peralatan, pancing dan ikan dan banyak lagi. 

Sebagai perkongsian maklumat dengan para pembaca budiman bahawa saya dan keluarga juga pembantu tekong saya gemar menggunakan teknik handline and spool apabila memancing di tukun sendiri atau di laut lepas/dalam kerana bagi kami teknik ini :
i)    Mudah dan pantas untuk menguruskannya,  
ii)   Merasa sensasi patukan ikan dibawah dan dapat terus menyentapnya
iii)  Mata kail hanya menyangkut di bibir ikan dan tidak sempat menelannya
iv)  Dapat tahu rentapan jenis ikan apa walaupun masih berada di bawah
v)   Kedua dua belah tangan berkerjasama serentak dan tidak penat sebelah saja
vi)  Tidak merasa stress dan memikirkan perkara lain apabila menggunakannya
vii)  Alat saluran kuasa naluri untuk berkomunikasi dengan ikan bi bawah
viii) Harganya lagi murah.

Penggunaan teknik handline ini tidak bermakna saya tidak pernah menggunakan fishing gear sebelum ini sebaliknya saya memiliki lebih dari sedozen rod and reel. Potret fishing gear saya diberikan di bawah ini. Walau apa cara dan teknik sekalipun namun rezeki itu datangnya daripada ALLAH Jua.

Pelbagai saiz dan spesies ikan terdapat di sekitar kawasan Pulau Mengalun, Pulau Mantanani dan kawasan kawasan lain. Di antaranya seperti KINGFISH, Kerapu, Putih, Tengiri, Jenahak, Keresi, Pisang, Belitung, Manyong, Aruan Tasik, Barraccuda, Pari, Tuna, Yu, Merah, Ruby Snapper, Layaran, Landok dan sebagainya. Semua jenis ikan ini juga mempunyai pelbagai jenis dan grednya. Semua jenis ikan ini pernah saya pancing di kawasan tersebut dan sememangnya mempunyai daya rentapan yang berbeza beza dan pelbagai daya saingnya. Musim dan waktu memakan umpan/pancing bagi semua ikan ini boleh di agak juga.

Jika Nak Tahu Keadaan Cuaca 
Tanyalah Jabatan Kaji Cuaca
Jika Nak Tahu Lokasi Lubuk Ikan
Tanyalah Pemilik Bot KINGFISH  
Jika Nak Ingin Keseronokan Memancing
Ikut Sertalah Trip Bot KINGFISH 
Jika Nak Pasti Pelbagai Spesies Ikan
Lihatlah Semua Potret Berikutnya.....

Pengalaman lain juga akan saya kongsi dengan semua pembaca budiman dalam post akan datang.  Spesies ikan pernah ku pancing dalam potret ini masih menggunakan khidmat bot lama ku KIM ROSA. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
 
Sila hubungi:

No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
































































JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

5 comments:

  1. uncle wat watermark la kat pic, jd xda org bley copy..kalo dorg copry pun water mark tu ttp ada d pic tu...

    ReplyDelete
  2. ow, kalo psl watermark tu xdpt edit dkt blog...suh isad or irfan yang buat guna pic editing..tp blog uncle cukup bgs da niy..sy wat blog pun hnya taw tukar wallpaper jak..:)

    ReplyDelete