Tuesday, September 7, 2010

MEMUKAT UDANG

UDANG yang membawa pengertian prawn dalam bahasa inggeris.  Semasa tahun 70 hingga 90-an yang lalu udang laut banyak sekali terdapat di sekitar kawasan pesisir pantai Negeri Sabah seperti Tawau, Sandakan, Kota Marudu, Kudat, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu. Papar, Kuala Penyu, W.P. Labuan, Beaufort, Sipitang dan lain lain lagi. Berpikul pikul atau berkilo kilo jumlahnya jika dipukat dalam masa satu jam sahaja. Cara kaedah penangkapan udang laut di Sabah menggunakan Kapal Pukat Udang (Trawler), Pukat Harimau (Di perbuat daripada nylon tiga lapis) dan Pukat Tangsi (Di perbuat daripada tali tangsi satu lapis). Udang laut berada pada kedalaman 5 hingga 50 meter dengan pelbagai saiz. Udang juga mempunyai pelbagai jenis/nama dan nelayan Sabah memanggilnya seperti udang Harimau, Kuning, Kertas dan Batu.

Udang boleh dikatakan hampir pupus di masa kini dan apa lagi di masa akan datang. Ketika ini sangat sukar  untuk menangkap udang di sekitar pesisir pantai Sabah. Walau apapun rezeki datangnya daripada Allah jua. Saya dan keluarga kerap juga turun kelaut untuk menangkap udang di sekitar kawasan laut/pantai Teluk Likas, Kota Kinabalu. Saya mengunakan Pukat Harimau yang di pasang sekitar jam 4.00 pagi (subuh) dan menuai hasilnya sekitar jam 7.00 pagi. Terbukti hasil pukat harimau ini bukan sahaja udang laut malah ikan pelbagai jenis, ketam, mantis dan sebagainya. Jika ada rezeki, hasil sehingga lepas jual ke pasar atau rakan rakan, selain bekalan stok dapur seminggu dua minggu. Syukur alhamdullillah.

Jika ada permintaan daripada rakan rakan di luar sana yang ingin mencuba aktiviti memukat udang boleh diatur oleh KINGFISH. Memukat udang laut juga boleh digabungkan sekali dengan memancing di tukun buatan sendiri pemilik KINGFISH atau berkelah di pantai. Potret di bawah ini yang telah dirakam pada 28 Novenber 2007 jelas menerangkan dengan sendirinya aktiviti memukat udang laut di sekitar Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Dalam potret ini juga masih lagi menggunakan bot lama. Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
 
Sila hubungi;

No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com
















JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG



2 comments: