Wednesday, September 15, 2010

HASIL YANG KU JUAL

Matlamat utama saya memancing hanyalah sekadar hobi suka suka sahaja bagi mengisi masa lapang. Perkara ini telah saya nyatakan dalam post terdahulu saya. Memandangkan atas sebab berikut, saya terpaksa jua untuk menjual sebahagian hasil pancingan setiap trip:
i)       Menampung sebahagian kos petrol,umpan dan sebagainya.
ii)      Ada permintaan daripada klien dan rakan.
iii)     Melebihi daripada keperluan stok dapur.
iv)     Peti frezeer rumah telah melimpah.
v)      Sudah jemu memakan jenis ikan sama rasa.
vi)     Dan ..........

Pelbagai jenis, spesies dan saiz hasil pancingan telah di perolehi bagi setiap trip. Semuanya adalah rezeki daripada Allah jua, sementara itu kita perlu berusaha juga untuk mendapatkannya. Dengan izinnya jua setiap trip tidak pernah tangan kosong apabila balik daripada laut samada dekat tukun buatan sendiri atau laut lepas. Kecualilah trip itu dilanda ribut dan gelora yang langsung pancing tak boleh turun ke dasar.

Di maklumkan juga setiap balik daripada trip, klien dan rakan dah sedia menunggu di jetty/tembok dekat pusat bandar. Mereka tahu ketulinan dan kesegeran hasil saya tanpa disimpan lama. Jumlah yang terjual setiap trip juga tertakluk kepada rezeki yang ada. Kekadang sampai 200 kilo(+ -). Daripada hasil ini bolehlah pulang balik sebahagian modal/kos setiap trip. Bagi mengekal hobi saya berterusan adalah dengan menggunakan perbelanjaan secara minima jangan sampai rugi sentiasa. Anda bagaimana pula?. Adalah di harapkan agar kesinambungan tuaian hasil rezeki ini dapat diteruskan juga dalam aktiviti memancing KINGFISH.  Ikutilah tatapan potret potret berikut ini: Terima Kasih.

"Tidak sesiapa dibenarkan mencetak, menjilid, menyalin, memindah
dan upload semula semua potret ini tanpa kebenaran pemiliknya."
 
Sila hubungi:

No. Telefon: Esmadol - 6019 8956757 / Ir Syard - 6016 8111185
Email: esmajim@yahoo.com / emailsyad@yahoo.com



JUMPA LAGI DALAM POST AKAN DATANG

5 comments:

  1. askum...thanks ya uncle sbb sllu bg hasil yg uncle and sat dpt...

    ReplyDelete
  2. Selagi ada rezeki Allah kena agih agih kepada keluarga tertentu dan terima kasih.

    ReplyDelete
  3. insyaallah rezeki xkn putus slagi ada usahanya...amin...

    ReplyDelete
  4. Salam..bila pulak trip akan datang.jika ada boleh saya join?

    ReplyDelete
  5. Mungkin 2 minggu akan datang. Nanti confirm kemudian. Tq

    ReplyDelete